Thursday, February 3, 2011

KEADAAN DI MESIR



























Kecoh di Mesir berlaku rusuhan. Rusuhan menentang pemerintahan Hosni Mubarak. Ini ialah gelombang revolusi rakyat menentang kerajaan yang dikatakan sebagai ejen Israel dan US. Rakyat Mesir mengambil langkah untuk membuat rusuhan sepertimana yang dilakukan jiran mereka, Tunisia. Kuasa rakyat memang memainkan peranan yang besar. Sangat sangat besar.


gelombang rakyat

Menurut bacaan aku, Hosni Mubarak dah memerintah Mesir selama 30 tahun. Dan sepanjang 30 tahun ni, dia memerintah secara diktator. Dikatakan jugak Hosni Mubarak ni seorang pemerintah yang kejam dan jugak perampas harta rakyat. Tolong jangan set minda kita bahawa semua yang tinggal kat tanah arab tu semua orang baik baik. Untuk pengetahuan, pihak berkuasa Mesir pernah menyekat bantuan makanan yang dihantar kepada penduduk Palestin ketika berlaku pergolakan di Palestin sendiri.

Rasanya rakyat Mesir dah muak dengan cara pemerintahan Hosni Mubarak. Mungkin mereka mula sedar tentang hubungan baik antara Husni Mubarak dan Benjamin Netanyahu. Oh. Lupa. Mungkin ada diantara kita yang tak kenal sapa tu Benjamin Netanyahu. Sila berkenalan dengan Benjamin Netanyahu dan konco konconya terlebih dahulu. Tak kenal maka tak benci.

Ok. tu ringkasan serba sedikit tentang apa yang belaku kat Mesir sana. Lain lain berita sila cari sendiri. Sila cari sumber selain dari akhbar akhbar mainstream Malaysia. Akhbar akhbar kita tengah berpesta dengan kemenangan di DUN Tenang. Akhbar akhbar kita tengah sibuk bercerita tentang perpisahan Fasha Sandha dan hukuman Ariel Peterpan.

Alhamdulillah, Blogger blogger kita banyak yang post entry pasal ni. Ada yang ambik sumber direct dari rakyat Malaysia yang menetap kat sana. Berita depa lebih jelas dan terperinci. At least dapat jugak kita tau perkembangan di sana. Terbaru, pada pukul 5 petang tadi dijangka berlaku rusuhan besar di Mansoura.

Aku percaya, mesti ramai dikalangan kita yang ada kenalan kat Mesir tu. Tak kira lah, ayah/ ibu/ anak/ suami/ isteri/ tunang/ bakal tunang/makcikpakciksepupusepapat/ kawan sekalipon. Mesti sangat risau kan? Oh, sori. Sangat sangat risau. Harap harap kerajaan kita ambik langkah yang bijak dalam hal ni.

update 03:41pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

update:
mansurah:
1)rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi mesir (5 petang malaysia)
2) balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di mansurah
3) mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut bila tiba masanya
4) maklumat dari informer kami, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar malaysia di mansurah, cuma ada pelajar indonesia yg terkena tembak, itu sahaja


tanta:
1`)catuan bekalan air dan elektrik berlangsung
2) text message dari kawan :
a)"sy bru dpt txt dari kwn kt tanta, katenye ad student kne tembak kt kki, kne peluru sesat"
-sy ex-cairo (anonymous)
b) kwn sy dr tanta kate. da ade 12 kete kebal kt sne. n ade my fren. dye dpt cntct dgn stdnt kt sne. dye ckp da ade sorg stdnt msia kene tembak kt kaki. kene peluru sesat~
-zera syahira-




kaherah:
1)hari lepas-kenderaan polis dan tentera dimusnahkan
2)hari ini- tentera take over city, control keadaan, setakat ni keamanan dan keselamatan semakin pulih


airport:
1) semenjak tentera mesirkembali berkuasa, kaunter check in dibuka semula.
2) banyak departure gate di open smula


alexandria:
1) keadaan semakin bertambah baik untuk pelajar malaysia (dari segi keamanan)
2) harga barang naik, kedai tutup, pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas
3) bekalan letrik dan air masih lagi berfungsi (bagi area as safirah, tempat lain tak pasti lagi)
Berita kat atas tu aku ambik dari SINI. Sumber yang aku ambik tu selalu update. Kalau nak tau perkembangan kat mesir boleh baca kat situ.

Kesimpulan yang kita boleh buat kat sini, Orang yang berbuat jahat memang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal. Kalau tak didunia, diakhirat. Ini bukan hukum karma. Ini hukum Allah. Satu lagi, walaupun dari segi logik akal Perdana Menteri tu orang yang paling berkuasa dalam negeri, tapi ,sebenaqnya rakyat lebih berkuasa daripada PM. rakyat boleh jatuhkan PM bila bila masa sekalipun. Ingat. Bila bila masa.

Ok. cukup setakat tu. Aku dah start rasa pelik bila tulis ayat ayat serius dan skema macam ni. Ah. peringatan. Ini bukan Merapu. Ini betul betul!
drpd:mrapu itu menarik

ADAKAH KITA PEMUDA YANG BERJIHAD?




“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

(Al-Kahf : 13 – 14)


Ayat di atas menceritakan perihal Ashabul Kahfi yang sewajarnya dihayati sebagai muhasabah agar kita sama-sama sedar, di manakah peringkat kita? Adakah kita boleh berbangga dengan apa yang kita miliki sehingga saat ini dan seterusnya mengisytiharkan diri kita sebagai pejuang Agama Allah?


Aset Penting Gerak Kerja Islam


Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan golongan syabab (muda) memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.


Walaubagaimanapun, kenyataan ini bukanlah untuk merendah-rendahkan golongan yang sudah melepasi dunia muda atau tidak mengiktiraf jasa-jasa mereka dalam perjuangan Islam, tetapi sekadar menyedarkan pemuda pemudi Islam akan peranan kita.


Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).


Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.


Antara syarat-syarat tersebut ialah:


Syarat Pertama


Syarat pertama yang disebut dalam ayat ini adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.


Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yangditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.


Syarat Kedua


Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alamwaqi’ie (reality) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.


Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan.


Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi(individu) mahupun jama’i (jamaah) ataupun dauli(antarabangsa).


Syarat Ketiga


Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai kumpulan dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dan ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.


Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu’tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.


Syarat Keempat


Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut ‘ketika mana mereka berdiri’.


Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupunal-mutaqa’idin (golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).


Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.


Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dna ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.


Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.


Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.


Tanggungjawab berat yang dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).


Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, penyusunan yang rapi dan amal yang mutawasil(berterusan) yang dibuat dalam bentuk penyusunan gerak kerja secara bersama.


Kesimpulan


Pemuda pemudi hari ini khususnya mahasiswa Islam perlu menyiapkan diri dengan pelbagai persiapan. Persiapan-persiapan tersebut termasuklah dari segi kejiwaan, keilmuan, kebendaan serta gerakan. Konsep al-fahmu (kefahaman) perlu dititik beratkan agar matlamat perjuangan ini jelas dan tidak dipandu oleh nafsu, logik akal dan semangat semata-mata.


Dalam fatrah pilihan raya kampus yang bakal menjelang, sahabat2 seperjuangan perlu jadikan keempat-empat syarat yang dibawa melalui ayat tadi sebagai muhasabah dalam mengenal diri masing2? Persoalan yang harus bermain di fikiran kita,“sudahkah kita mencukupkan syarat untuk menjadi penegak panji Islam?”

by:muhammad hafizan abd hamid

Monday, December 20, 2010

ORANG BIJAK PNJG UMUR

orang yg bijak ialah org yg mgingati mati,
orang yg mgingati mati sudah tntu akn mmbuat persiapn bukan sahaja untuk hidup sebelum mati,
tetapi juga untuk hidup setelah mati,merekalah orang yang sangat prihatin dengan penggunaan masa dan sentiasa memanfaatkn ruang untuk melaksanakn kebaikan sebanyak-banyakny

masih dapat hidup dalam keadaan yang luar biasa.sayangnya ,jarang-jarang manusia mensyukurinya,justeru,ramai yang tidak berterima kasih kepada Allah kerana masih dihidupkan,,padahal rasulullah s.a.w mengajar kita supaya membaca doa ini sebaik sahaja kita bangun daripada tidur,,'segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan hanya kepada Engkau kami kembali..


Thursday, August 27, 2009

MATAHARIKU..

KU TAHU KAU IBARAT MATAHARIKU..
MENYINARI KALA SIANG..
KAU TERANGI ISI ALAM..
MEMBERI WARNA PELANGI..
MENERANGI PELITA HATI..
NAMUN KAU SEPI TIKA MALAM..
HANYA BULAN SEBANGAI PEGANTI..
MEMBANTU KALA MALAM..
NAMUN TIDAK LAH SECERAHNYA..
NAMUN KU TAHU FUNGSI NYA SAMA..
SEBAGAI PEGHIBUR KALA SURAM..
SEBAGAI PENENANG DIKALA PINCANG..
(aq sedar aq bulan korunk matehari)

Tuesday, August 25, 2009

aq di suruh diam??

..Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:43:02 PM): blahhh
al-faQari (8/26/2009 2:43:14 PM): kasa la dye nih
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:43:27 PM): dgn ko jew
al-faQari (8/26/2009 2:43:33 PM): xde
al-faQari (8/26/2009 2:43:36 PM): ko kasa gak
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:43:46 PM):
al-faQari (8/26/2009 2:43:56 PM): yela
al-faQari (8/26/2009 2:44:03 PM): knal pon x
al-faQari (8/26/2009 2:44:11 PM): mmg patot pon ko wat cni
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:44:28 PM): ko kwn aku la
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:44:47 PM): n ko dyam ley x? ske cgt bwt sdey2
al-faQari (8/26/2009 2:44:58 PM): k aq dyam
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:45:19 PM): hahhahhaha
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:45:22 PM): jgn la cmtu
Natassha M. Nordin (8/26/2009 2:45:25 PM): aku tmbak kang

den syg mak dr dio tawu..

baCo dAn enGat nI bAi....

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Monday, August 24, 2009

aku pencuri hebat! ( dan gemok)

aku suka curi post-post hebat dari orang nyer blog. hahahhahahahahahahah

aku memang jahat. harap maklum. (tapi comel)